BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kadet polis smkasr

Aktiviti Badan Beruniform
Tarikh : 14 April 2010

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


latihan kadet polis yg pertama tahun 2010 bersama jurulatih baru. Letih betul sbb cuaca panas sangat. Tahniah coz u girls terus bersemangat n very comitted. Ahlan wasahlan kpd jurulatih baru Konst Mohd Shatri.



Perkhemahan kadet polis peringkat negeri Melaka 2009 bertempat di Kem Pengakap Tan Chay Yan Bukit Katil, Melaka.
Terima kasih untuk semua putri As Sharifah yang memberi sepenuh kerjasama sehingga pasukan berjaya mencapai tempat ketiga keseluruhan. congrat girls. Terima kasih jg utk Cik Din yg terlalu byk berjasa membantu pasukan Sharodz. Hanya Allah yg dpt membalas jasanya.Tahniah sbb naik pangkat.(sekali sekala jengokla kami)














Sentral: Kadet polis jadi duta komuniti


MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta setiap ahli kor kadet polis di negeri ini memainkan peranan dengan berkesan sebagai duta kecil dalam program komuniti kepolisan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pencegahan jenayah di kalangan masyarakat termasuk ibu bapa dan rakan-rakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor, berkata ahli pasukan itu turut bertanggungjawab dalam menyalurkan maklumat bukan saja membabitkan pelajar, malah aktiviti jenayah seperti kecurian yang berlaku di kawasan persekitaran kediaman mereka.

"Selain itu, ahli pasukan ini juga digalak menyertai Rakan Cop iaitu satu program maya bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat melalui khidmat pesanan ringkas (sms) ataupun sistem pesanan multimedia (MMS)," katanya ketika merasmikan penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat kontinjen Melaka dan sambutan Hari Kor Kadet Polis ke 39 di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Bukit Katil, dekat sini, baru-baru ini.

Program perkhemahan selama enam hari itu disertai seramai 1,565 anggota kadet kor polis daripada 61 sekolah di negeri ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Isa Abu dan Timbalan Ketua Polis, Senior Asisten Komisinor II Kamal Pasha Jamal.

Sementara itu, Isa berkata, pembabitan pelajar dalam menganggotai pasukan badan beruniform ini dapat membentuk mereka menjadi individu yang berguna, seimbang dari segi fizikal, mental dan emosi sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan.
"Hal ini terbukti apabila seramai 70 sekolah menengah di negeri ini menubuhkan pasukan kadet kor polis, membabitkan pendaftaran seramai 5,250 pelajar sebagai ahli, " katanya.



• SKUAD

70 terima penghargaan sempena Hari Polis ke-202
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhnews@bharian.com.my

PERBARISAN sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-202 di IPK Bukit Beruang, Melaka.
SAMBUTAN Peringatan Hari Polis ke-202 diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, Melaka baru-baru ini. Sempena majlis itu, seramai 70 individu, termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang awam dan pelajar menerima pelbagai sijil penghargaan.

Majlis penuh adat istiadat itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan 48 anggota oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Ab Rahman Harun sebelum penyampaian Anugerah Juara Penuh Disiplin/Surat Penghargaan.

Antara penerima anugerah kali ini adalah Sarjan Fadzilah Sahalan dan Sarjan Abdul Rauf Kasdi, masing-masing dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPK Melaka, untuk kategori penyeliaan manakala Inspektor Hamzah Awaludin daripada IPD Alor Gajah dianugerahkan kategori Pegawai Sukarelawan Cemerlang.
Koperal Amran Abdullah dari Melaka Tengah bersama Konstabel K Raman (IPD Jasin) dan Konstabel C Sasidaran (IPD Alor Gajah) pula dianugerahkan kategori Sukarelawan Polis Cemerlang.

Balai Polis Durian Tunggal di daerah Alor Gajah dipilih sebagai juara kategori Balai Polis Contoh.
Selain itu, dua pendidik iaitu Noordin Ambon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Cina, Alor Gajah dan Nor Shamliah Ismail dari SMK Sharifah Rodiah Melaka Tengah, pula dipilih sebagai pemenang kategori Pegawai Kadet Polis Cemerlang.


AB RAHMAN menyampaikan pingat dan sijil kategori Pegawai Sukarelawan Cemerlang kepada Hamzah.
Noordin, 45, ketika ditemui berkata, penghargaan yang diberikan PDRM itu amat bermakna sekali kepada dirinya kerana itu adalah penghargaan pertama diterimanya sejak menyertai kadet polis pada 2001.

Bagi Koperal Kadet Mardhiahtun Najihah, 17, dari Sekolah Menengah Agama Al-Asyraf, Pulau Sebang, Alor Gajah yang menerima anugerah kategori Ahli Kadet Cemerlang, dia amat meminati bidang kepolisan dan bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis suatu hari nanti.

Beliau yang menyertai pasukan itu pada 2007 berkata, pasukan kadet polis yang diceburi banyak memperkenalkan dirinya pada asas bidang kepolisan, selain membantu memantapkan disiplin serta ketahanan dirinya.

"Pasukan kadet polis memang istimewa kerana setiap ahlinya perlu mengikut aturan dan disiplin yang ditetapkan. Bukan semua boleh memasuki pasukan berkenaan melainkan mereka yang betul-betul mempunyai minat mendalam," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam perutusannya yang dibacakan Ab Rahman, berkata harapan masyarakat terhadap pasukan polis pada masa ini adalah untuk memberikan perkhidmatan dengan efisyen, efektif, berintegriti, adil dan saksama.

Katanya, walaupun berdepan dengan pelbagai kekurangan dari sudut logistik, sumber manusia dan cabaran yang berterusan, ia bukanlah alasan untuk PDRM mengelak daripada menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Harapan masyarakat tetap diperjuang dan ditunaikan serta menjadi keutamaan PDRM," katanya.

Musa juga berharap seluruh warga PDRM membulatkan tekad bagi memenuhi empat agenda utama pasukan itu iaitu membanteras dan menyelesaikan kejadian jenayah serta memastikan keamanan dan keselamatan awam.

Selain itu, meyakinkan masyarakat PDRM sentiasa bersama mereka dalam memberi perkhidmatan dikehendaki dan tidak bertolak ansur kepada segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan bagi memantapkan integriti pasukan.

































 
http://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMmWP8_DI/AAAAAAAAAgw/MUlTtCmq60s/s200/welcome_01.pnghttp://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMmWP8_DI/AAAAAAAAAgw/MUlTtCmq60s/s1600-h/welcome_01.png