BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anak-anak aktif

10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H

Bintang Nasyid Mu'min 2010 Peringkat Negeri Melaka


Jelajah Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min 2010 diteruskan lagi. Kini lokasi keduanya adalah bandar bersejarah, Melaka. Bertempat di pusat membeli belah Melaka Mall pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar ubat gigi Mu’min, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd. dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka berjalan lancar dengan sambutan baik dari peserta dan penonton yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Sebanyak 9 kumpulan dari sekolah-sekolah sekitar Melaka menyertai pertandingan tersebut . Objektif utama penganjuran adalah memartabatkan irama nasyid sebagai salah satu cabang kesenian Islam agar terus berkembang dan dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

Antara juri yang mengadili pertandingan ini adalah kumpulan Mestica. Pertandingan ini juga diserikan dengan persembahan Kumpulan Mestica diakhir program.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh barisan tetamu kehormat iaitu Encik Amirullah Hj. Abdullah, Pengerusi Eksekutif Al Meswak Mu'min Sdn. Bhd., YB Datuk Haji Ghazali Bin Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Ustaz Zawawi Bin Mat Zin wakil Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka dan Puan Fauziah.

Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka dinobatkan sebagai juara seterusnya mewakili negeri Melaka untuk Pertandingan Akhir Bintang Nasyid Mu’min 2010. Tempat pertama membawa pulang wang tunai bernilai RM 700, sijil dan produk Mu'min. Kemenangan juga berpihak kepada kumpulan Saidatul Anum dari Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka dan kumpulan Soautul Irsyad dari Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM 500, sijil, dan produk barangan Mu'min dan pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM 300, sijil dan produk barangan Mu'min.

Selain itu terdapat tiga anugerah khas turut dipertandingkan iaitu kategori kostum terbaik yang di menangi oleh kumpulan Sauthoul Imtiaz dari SRA Jaim, Telok Berembang, Lubuk Cina, vokal lelaki terbaik yang di menangi oleh adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar dari kumpulan Sautul Haq dan vokal perempuan terbaik di menangi oleh adik Amira Mursyida Binti Nor Azman dari kumpulan Saidatul Anum. Hadiah bagi anugerah khas ini ditaja oleh Bank Rakyat. Saguhati pula membawa pulang sijil dan produk barangan Mu'min .

Pertandingan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Nasyeed.com.

Nantikan pertandingan seterusnya yang bakal diadakan di Negeri Sembilan pada 24 April 2010 di Pusat Dakwah Paroi.



Keputusan Akhir BNM 2010 Peringkat Negeri Melaka

Tempat Pertama : Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka

Tempat Kedua : Kumpulan Saidatul Anum, Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka

Tempat ketiga : Kumpulan Soautul Irsyad, Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka,

Saguhati : Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina

Kumpulan Soutul Al-Insyirah, Sek. Keb. Dato’ Naning Alor Gajah, Melaka Soutul Al-Insyirah

Kumpulan Sautul Ishqi, Sek. Keb. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

Kumpulan Sautol Ammal, SRA Jaim Peringgit, Melaka

Kumpulan Al Mu’min, SRA Jaim Ayer Panas, Bemban Melaka

Kumpulan Al-Mukmin, Sek. Rendah Arab Jaim Pernu, Melaka

Kostum Terbaik : Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina

Vokal Terbaik (L) : Adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar (Kumpulan Sautul Haq)

Vokal Terbaik (P) : Adik Amira Mursyida Binti Nor Azman (Kumpulan Saidatul Anum)

*************************************************

Pertandingan Bintang Nasyid Mukmin
Tempat : Melaka Mall
Tarikh : 10 April 2010


Tahniah SK Telok Mas krn Johan nasyid. Tahniah kpd anak-anakku Izzad (vokalis utama),Udin, ahli-ahli Nasyid yg lain, adik-adik ipar Sala & Zai jg Ustzh Saba.
Terima kasih atas penat lelah semua. You all deserved it. Good Luck utk peringkat kebangsaan pula.




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2010

Tempat : Masjid Al Azim, Negeri Melaka

(1 )Pertandingan nasyid sek2 rendah. Tahniah anak-anakku, Ijad & Udin dari SK Telok Mas
Tahniah kpd guru-guru,Ustz Sabariah adik-adik ipar ie Sala dan Zai yg memimpin pasukan siang dan malam. TAHNIAH utk Naib Johan. BRAVO!!!

(2)Pertandingan zanji & marhaban.Pasukan dari ShaRodz jd johan.

Alhamdulillah.Tahniah girls. Sungguh Menusuk jiwa alunan zanji dan marhaban memuji nabi. Suara Latifah.... menyentuh hati.

 
http://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMmWP8_DI/AAAAAAAAAgw/MUlTtCmq60s/s200/welcome_01.pnghttp://1.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SRmMmWP8_DI/AAAAAAAAAgw/MUlTtCmq60s/s1600-h/welcome_01.png